18 February 2010

Lim Guan Eng pembela Melayu Pulau Pinang




PESURUHJAYA PAS Pulau Pinang yang juga Adun Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man tampil mempertahankan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.Bagi beliau, banyak perkara yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP itu, untuk membantu orang-orang Melayu yang jauh terpinggir sejak zaman kepimpinan Barisan Nasional.Ustaz Salleh lebih berbangga dengan Guan Eng, yang ternyata mampu memartabatkan Islam, jauh lebih baik dari kerajaan yang dipimpin Gerakan-Umno dahulu.Untuk lebih memahami senario yang berlaku, ikuti temubual wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, dan WAN NORDIN WAN YAACOB menemui Ustaz Salleh di Tapak Expo sempena Karnival Penang Harmoni di Seberang Jaya, 3 Februari lepas.


HARAKAH : Bagaimana kerjasama yang dibuat PAS kepada pentadbiran kerajaan Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng?



USTAZ SALLEH MAN : Kita sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Misi kita, kita mahu membantu kerajaan yang boleh kita ketengahkan. Setakat ini kita banyak diberi ruang dan kesempatan dan beberapa kepentingan yang diisi oleh kepimpinan PAS yang mana beberapa jawatan-jawatan tertentu diberikan kepada kita untuk kita laksanakan tugas kita mengikut saluran yang telah diberikan. Jadi nampak kita diberi kepercayaan untuk meningkatkan diri dalam melaksanakan agenda Kerajaan Pulau Pinang.

Bagaimana PAS berperanan dalam memastikan orang Melayu di sini memberi keyakinan kepada kerajaan yang dipimpin oleh Guan Eng?
dewan
Kita sedari bahawa Umno memiliki kelebihan dalam kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang ini.

Sebab itu walaupun saya nampak penukaran kerajaan Umno-Gerakan, walaupun kini Umno masih nak kekalkan kerusinya. Mereka ada 11 kerusi.

Tetapi dalam meletakkan keyakinan dan harapan masyarakat Melayu umumnya di Pulau Pinang, sudah pun ada gambaran apa yang dilaksana oleh Umno sebelum ini memberi hanyalah untuk kepercayaan kepada Gerakan, bukan Melayu, ini kalau nak disebut persoalan konteks Melayu.

Namun kita dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, dalam mendapatkan keyakinan dan harapan penyokong Melayu dengan strategi dan pendekatan.

Apa yang kita nampak dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan pimpinan Lim Guan Eng hari ini di Pulau Pinang, jelas memberi keyakinan bahawa hak Melayu terjaga dan orang Melayu mula yakin dan memberi sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Umumnya di kalangan rakyat memanglah memberi sokongan kepada dasar-dasar pakatan rakyat. Dalam pilihan raya akan datang mereka akan tolak BN.

Mutakhir ini serangan dikenakan ke atas Guan Eng, apa sebabnya?

Memang itu berlaku. Sebenarnya dalam situasi sekarang ini Umno hadapi tekanan yang kuat dalam kepimpinan mereka.

Imej mereka mutakhir ini di seluruh negara diperlihatkan mereka ini Kerajaan Persekutuan telah nampak kegagalan yang akibatkan keputusan-keputusan diambil untuk menyerang semula kerajaan Pakatan Rakyat dengan isu sentimen Melayu. Matlamat untuk menarik semula sokongan Melayu, yang mana Umno memang mengharapkan dapat mereka pulihkan sokongan Melayu ini kerana Umno-BN hilang keyakinan mereka ini. Saya yakin usaha mereka akan gagal.

Serangan terhadap Guan Eng oleh Dato' Seri Zahrain Hashim sangat hebat, apa sebabnya?

Dia (Zahrain) lebih tumpukan secara peribadi dan bukan atas dasar kepimpinan Guan Eng sendiri. Sebab rakyat memahami di atas tindakan dan pelaksamaan kerajaan Pakatan Rakyat kini yang telah pun dilakukan berdasarkan apa yang disebut dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimana dengan isu perobohan gerai Melayu?

Telah dibuat penjelasan terbuka oleh pimpinan negeri, sebab sebelum ini maklumat sebenar tak diberikan sebelum ini.

Setelah timbul isu ini, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah pun hari ini kemukakan penjelasan yang memperlihatkan apa yang berlaku mutakhir ini ialah fitnah yang dilontarkan untuk tarik perhatian masyarakat Pulau Pinang.

Apa yang dijelaskan dalam tohmahan itu mereka (Umno) gawat untuk menandingi ketelusan dasar yang dijalankan kerajaan pimpinan Guan Eng.

Kita yakin situasi ini berlaku hanya serpihan, di mana ada suara-suara yang kononnya tak dapat letak keyakinan kepada kerajaan yang ada tertapis sebenarnya apa yang berlaku ini ialah mainan yang dijalankan Umno-BN.

Kita bimbang, peluru yang dilontar ini kesannya kepada kita dan mencabar. Namun PAS yakin kita akan terus bersama-sama dengan pakatan dan bekerjasama dengan kerajaan negeri yang ada hari ini. Kita akan menjelaskan apa yang dialami hari ini.

Zahrain serang peribadi, apa penyebabnya? Mengapa tidak beliau guna majlis Pakatan Rakyat untuk menyuarakan pandangan?

Ia lebih kepada serangan peribadi, bukan pentadbiran. Ini satu tohmahan yang seolah-olah diadakan bagi menarik perhatian, dan dengan isu ini Umno-BN mengambil kesempatan.

Ia sebenarnya menunjukkan tidak bijaknya sebahagian pimpinan atau wakil rakyat KeADILan dalam mengetengahkan isu berhubung tidak puas hati mengenai soal peribadi.

Kita ada sekretariat Majlis Pakatan Rakyat untuk meluahkan isu ini, sepatutnya tidak perlu didedahkan kepada pihak lawan. Majlis pakatan ini wujud di Pulau Pinang, dah dua tiga kali kita berbincang dan tiada isu besar yang memisahkan kita.

Sekarang ini telah timbul isu ini kita akan bermesyuarat untuk membincangkan hal tersebut.

Apa yang digambarkan media Umno-BN ialah teruknya krisis yang berlaku di Pulau Pinang, apa situasi sebenar?

Di Pulau Pinang ini walaupun media main begitu panas tetapi kita rasa masyarakat tidak terkesan atau termakan dengan isu ini. Ini mainan media untuk kepentingan politik sahaja. Saya harap selepas ini kita tidak melayan fitnah-fitnah sebegini lagi.

Dalam soal memartabatkan keadilan Islam, apa peranan PAS?

Sebab itu kekuatan kita berada di situ, sebelum ini walaupun kita sebut sebagai pemerintahan Islam, tetapi Guan Eng telah pun mengguna pakai konsep pemerintahan cara Khalifah Umar Abdul Aziz.

Ini satu kebanggaan kita di Pulau Pinang, kita harap ia bukan setakat slogan tetapi penghayatan itu yang penting.

Kita mahu ia terus dilaksanakan di bawah kerajaan Guan Eng ini. Sebab itu oleh kerana kita di Pulau Pinang sama dengan orang lain, kita akan terus berfungsi untuk membantu kerajaan yang ada.

Dalam soal memartabatkan Islam pula, baru-baru ini Ketua Menteri sendiri telah melancarkan Majlis Syura yang telah ditubuhkan sebelum ini.

Peranan Majlis ini ialah banyak membantu untuk menaikkan lagi majlis agama Islam ini ke martabat yang tinggi. Sebelum ini ada penganugerahan atau bantuan kepada golongan Huffaz yang sangat tinggi oleh Ketua Menteri sebab dia menyanjung tinggi golongan Huffaz ini yang berjaya melancar dan menghafaz ayat al-Quran yang berjumlah 6666 ayat ini.

Ini mendapat perhatian beliau sendiri yang kagum umat Islam boleh hafal Quran. Beliau juga mengharapkan agar sebuah rumah ada seorang Huffaz. Dan baru-baru ini, mereka beri RM500 kepada setiap Huffaz yang bejumlah lebih 100 orang yang telah menerima anugerah ini. Semua anak-anak Pulau Pinang.

Kita akan terus berperanan dalam hal ini.Kita akan bantu lebih untuk imarahkan Majlis Agama Islam ini, Umno-BN yang mentadbir majlis ini sebelum ini dalam keadaan layulah.

Apabila kita buat perubahan-perubahan ini, yang kita rasa perlu dibuat untuk manfaat selain apa yang telah dilakukan untuk membentuk atau membentuk masyarakat yang baik.

Kita telah bentuk satu portfolio baru, Pembangunan Generasi Pewaris ini diwujudkan dengan kerjasama anggota keselamatan bagi tangani masalah sosial remaja Pulau Pinang ini dalam kes jenayah dan lain-lain.

Dari sudut PAS sendiri, bagaimana PAS memberikan pandangan dan idea kepada kerajaan negeri?

Kita sentiasa adakan perbincangan walaupun tidak tetap atau formal tetapi oleh kerana kita telah ada tempat kita sering bertemu walaupun tak secara formal, saya selalu jumpa dengan pentadbiran kerajaan negeri, selain itu kita juga menyantuni kakitangan di peringkat jabatan kerajaan negeri.

Sebelum ini ada suara pemuda PAS yang mengkritik kerajaan negeri, bagaimana sekarang ini?

Sudah berubah. Oleh kerana sikap dan hubungan yang telah ditunjukkan kepimpinan Guan Eng hari ini,

Hubungan ini sangat baik,kerajaan negeri selalu minta pandangan dan kerjasama kita, untuk mana-mana kepincangan dan boleh bantu bagaimana nak dekati Melayu di Pulau Pinang.

Ini mereka beri satu harapan di mana kitalah yang akan membantu dan bagaimana kita boleh buat membabitkan banyak persoalan.

Mereka memahami. Dalam soal agama, ada benda yang boleh kita bersama kita bersama dan ada yang tak boleh kita bersama, mereka (DAP) akan fahamlah.

Di peringkat pemuda pula, kita telah ada kerjasama yang baik dengan adanya sekretariat pemuda PAS, DAP dan KeADILan. Mereka telah duduk semeja dah dua kali memulakan perbincangan.Ini kita harapkan agar terus dipulihkan hubungan ini.

Apa-apa pun kita ada pimpinan, kita mesti hormati pimpinan yang ada hari ini barulah stabil. Jika kita tidak hormati pimpinan atasan ini sukarlah.

Pulau Pinang teruskan perarakan Maulidur Rasul

Oleh : Ibnu Sayuti

Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.



Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.

Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.

Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.

Pengundi Marah Zaharin...............


Rata-rata rakan rakan yang ditemui oleh pasbukitbendera samada dari ahli PAS,DAP,PKR bahkan pengundi di Parlimen Bayan Baru yang menyokong Dato Seri Zahrain Hashim marah..betul betul marah.Bahkan pasbukitbendera juga ketemui rakan-rakan BN/Umno mereka kata politik cari makan....dah macam macam pasbukitbendera mendengar,maki hamun dan sebagainya kepada Ahli Parlimen Bayan Baru.
pasbukitbendera juga pernah pergi ke rumah beliau semasa beliau menjadi Pengerusi PKR negeri Pulau Pinang dan pernah bercakap dengan beliau.Dato Seri Zahrain juga pernah berkempen piliharaya kecil Permatang Pasir N11 semasa kematian Allahyaham Dato Hamdan Abdul Rahman dan seterusnya membantu YB.Salleh Man menang kerusi Dun Permatang Pasir.Itu satu kenangan yang tidak perlu dilupakan oleh para petugas pilihanraya kecil Permatang Pasir....Sekarang kenangan manis itu terpaksa dilupakan gara-gara beliau meninggalkan PKR dan duduk sebagai ahli Parlimen bebas....
Lawan tetap lawan....Datuk Seri Zahrain Hashim perlu letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru....Barulah beliau akan dihormati oleh masyarakat....
Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.

Katanya, wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya.

Ibnu Sayuti

Bantuan Peruntukan SAR 2009 / 2010

Oleh : Ibnu Sayuti

Senaraikan sekolah-sekolah Agama Rakyat yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bantuan SAR ini tidak disiarkan oleh akhbar Arus Perdana dan Media Elektronik Umno BN dalam Bajet 2009 untuk tahun 2010 .

Peruntukan 2010 untuk 17 Sekolah Agama Rakyat di Negeri Pulau Pinang sebanyak RM 17 1,500,000.00

Peruntukan yang diluluskan telah pun diagihkan kepada Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang.

BIL SEKOLAH DAN PERUNTUKAN (RM)

1. Maahad Al lhsaniah (Manhal) 55,000.00

2. Institut Pengajian Ar-Razi 55,000.00

3. SABK Khairiah Islamiah 27,000.00

4. SABK Al Masriah 23,000.00

5. SABK Wah Jah 11,000.00

6. SABK Faqiyah Daimiah 13,000.00

7. SABK AL Ahmadiah Al Ijtimaiyyah 13,000.00

8. SABK Daeratul Maaratul Wataniah (I) 44,000.00

9. SABK Daeratul Maarifil Wataniah (II) 13,000.00

10. SABK Al Mashoor Islami 15,000.00

11. SABK SRATI 13,000.00

12. SABK Al Iman An Nawawi 13,000.00

13. Sek. Men Islam Ad Diniah 180,000.00

14. Madrasah Manabiul Ulum 210,000.00

15. Madrasah Al Irsyad Al Asyraf Al Wataniah 210,000.00

16. Sek. Tahfiz Al-Islah (STAIL) 125,000.00

17. Madrasah Al Aminiah 480,000.00

17 SAR Pulau Pinang dapat RM 1.75 juta


Oleh : Ibnu Sayuti







Demi membantu sekolah-sekolah yang tidak mendapat bantuan penuh daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM5.8 juta dalam Bajet tahun 2010 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan sekolah Mubaligh bagi meningkatkan kemudahan fizikal dan pembangunan sekolah. Ini adalah tambahan RM 1.3 juta untuk Bajet 2010 kepada RM 5.8 juta berbanding dengan RM 4.5 juta dalam Bajet 2009 untuk 124 sekolah rendah Cina, menengah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh. Tambahan RM 1.3 juta dalam keadaan ekonomi gawat dan dana kewangan berkurangan menunjukkan komitmen kerajaan negeri membangunkan mutu pendidikan. Ia adalah penting agar Pulau Pinang dapat mengekalkan kelebihan modal insan terlatih supaya dapat bersaing di pentas antarabangsa.

Pada masa yang sama, tambahan RM250,000 diperuntukkan kepada 28 buah sekolah Tamil dan 17 buah Sekolah Agama Rakyat daripada RM 1.5 juta dalam Bajet 2009 kepada RM 1.75 juta dalam Bajet 2010 menjadi keseluruhannya RM 3.5 juta. Tambahan peruntukan ini menunjukkan penekanan kerjaan negeri ingin memperbanyakkan peluang pendidikan supaya dapat melipatgandakan para profesional agar dapat menjana transformasi kepada sebuah ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan.

Prosedur pengagihan peruntukan untuk sekolah Tamil akan diuruskan oleh YB P Ramasamy dan Sekolah Agama Rakyat oleh YB Abdul Malik seperti sistem tahun lepas. Untuk 124 buah sekolah Cina dan mubaligh akan diuruskan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam YB Chong Eng mengenai prosedur begini. Sekolah berkenaan boleh menghubungi pemimpin tersebut. Mulai hari ini, pihak sekolah boleh membuat permohonan menerusi Jawatankuasa Penyelaras Hal-ehwal Sekolah Cina Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh YB Puan Chong Eng, Ahli Parlimen merangkap Pengerusi jawatankuasa tersebut. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Januari 2010 Pertambahan sebanyak RM 1.3 juta peruntukan pada tahun 2010 menunjukkan petanda baik serta komitmen Kerajaan Negeri terhadap kepentingan pendidikan di negeri Pulau Pinang khasnya dan negara kita amnya. Menerusi pengalaman Kerajaan Negeri pada tahun lalu, peruntukan pada tahun ini juga akan memberi keutamaan mengikut keperluan sekolah. Pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Penyelaras Hal-ehwal Sekolah Cina Negeri Pulau Pinang sekiranya memerlukan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

Demi kepentingan pendidikan rakyat jelata, Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan ke atas setiap permohonan mengikut keperluan masing-masing. Semua peruntukan akan disalurkan ke Akaun Lembaga Pengarah Sekolah atau Akaun PIBG bagi Sekolah Mubaligh yang tidak mempunyai Lembaga Pengarah. Justeru, sekolah-sekolah yang ingin memohon bantuan perlulah merujuk kepada Garis Panduan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kejayaan Adun Permatang Pasir.


Salah satu usul ucapan bahas bajet negeri 2010 Pulau Pinang diambil perhatian oleh pihak kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
YB.Salleh Man mengesyorkan kepada kerajaan negeri menambahkan bonus kepada kakitangan kerajaan negeri berdasarkan pencapaian gerak kerja yang berkaitan.Pemberian bonus ini sememangnya akan menaikkan lagi motivasi para pekerja untuk berkerja dengan lebih produktif dan efektif sekaligus.

PEMBERIAN TAMBAHAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2009 BERJUMLAH RM250.00 KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Sebelum ini, Kerajaan Negeri telahpun bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan sebanyak RM500.00 kepada Kumpulan Perkhidmatan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 54 sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 24 Tahun 2009 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2009 mengenai Bantuan Khas Kewangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bantuan Khas Kewangan tersebut adalah sebagai pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada sumbangan anggota perkhidmatan awam dibawah Pentadbiran Negeri. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM1,649,500.00 (3299 X RM500) bagi Kumpulan Perkhidmatan Sokongan dan sebanyak RM119,500.00 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 54.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat perihatin dan menghargai sumbangan perkhidmatan anggota Pentadbiran Awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha untuk memacu Negeri Pulau Pinang untuk mencapai aspirasi menjadi sebuah Negeri bertaraf antarabangsa. Justeru, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 16 Disember 2009 telah bersetuju untuk memberikan tambahan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.00 bagi kedua-dua Kumpulan iaitu Kumpulan Perkhidmatan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 54. Jumlah peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM824,750.00 (3299 X

RM250.00) bagi Kumpulan Perkhidmatan Sokongan dan sebanyak RM59,750.00 (239 X RM250.00) bagi. Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 54. Jumlah keseluruhan peruntukan tambahan yang diluluskan adalah sebanyak RM884,500.00. Ini akan menjadikan keseluruhan peruntukan

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2009 KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG sebanyak RM 2,653,500.

Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri ke atas kebajikan anggota pentadbiran dalam keadaan ekonomi yang gawa. Memang diharapkan semua anggota pentadbiran akan lebih bersemangat dan bermotivasi melaksanakan urustadbir CAT - Cekap, Akauntable, Telus yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik dan menjurus ke tanda aras (benchmark) bertaraf antarabangsa. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri bahawa dengan adanya sumbangan ini ianya akan membantu untuk meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh kumpulan anggota perkhidmatan awam tersebut untuk membuat persediaan menyambut perayaan dan persediaan untuk sesi persekolahan tahun depan.


LIM GUAN ENG

oleh : Ibnu Sayuti

17 February 2010

Motosikal PA YB Ustaz Salleh Man dibakar.





Inilah kenderaan PEP9048 dalam kerja seharian mencari rezeki,kerja parti,membawa keluarga ke sana dan ke mari. Hangus terbakar pada 09 Dec 2009.Terakhir digunakan dalam tugas menyelesaikan masalah rumit penduduk di Kebun Bunga bersama Yb.Mujahid dan Yb.Exco Danny.
Beliau ditugaskan sebagai PA kepada Allahyamham Dato Hamdan dan sekarang YB. Ust Salleh Man,inilah pengalaman hebat beliau terima sepanjang menjadi PA kepada dua orang YB yang amat berpengaruh di Pulau Pinang .

Inilah kerja pengkhianat UMNO BN dan Kes ini telah dibawa kepada pihak Polis (Penyiasatan kes) dibawah Sek.435 KK (Khianat dengan Api)

oleh : Ibnu Sayuti