02 November 2010

Adakah kita sibuk....

Oleh : Ibnu Sayuti.

Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu itu lah..dll Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah sibuk kerana:

1. Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat

2. Bermunajat kpd Allah setiap malam

3. Mengajar ilmu kpd umatnya setiap hari

4. Berperang di jalan Allah

5. Melayani isteri-isteri

6. Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23tahun
serta menghafalnya

7. Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain

8. Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)

9. Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin

10. Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan
permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara

1.belajar

2.Keluarga (isteri dan anak-anak)

3.Melangsaikan hutang ...

4.Dan lain-lain..

Inilah perbandingan nilai iman kita dengan iman rasulullah. Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung kembali diri kita ... semoga kita
dicampakkan hidayah dan insaf dengan kekerdilan diri kita ini... Wallahualam

Susahnya mencari kebenaran di akhir zaman.

Alangkah susahnya mencari kebenaran
di akhir zaman..terutama orang awam
yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk
fardhu ain..
selain itu tidak mampu menilai benar
atau salah...hak atau sesat
orang munafik menuduh orang lain
munafik yang tidak munafik..
orang yang sudah sesat menuduh orang
yang tidak sesat sebagai sesat..

TERANIAYALAH...orang yang tidak munafik
TERZALIMLAH...orang yang tidak sesat
pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang
yang berjalan di atas As Sunnah
sebagai pembuat bid'ah..
kerana ramai yang sudah tidak ikut As
Sunnah..yang mengikut As Sunnah
dipercayai orang ramai pembuat bid'ah..
TERANIAYALAH pengikut -pengikut As
Sunnah...

dianggap bid'ah orang-orang baik
dianggap jahat...
penjahat-penjahat dianggap baik kerana
orang baik-baik terlalu
sedikit..mereka terpinggir..
terpinggir ertinya jahat pada
pandangan orang ramai..
orang yang ada jawatan tinggi cakapnya
dianggap benar dan sah belaka
rakyat jelata walaupun benar,cakapnya
tiada harga,tidak diambil
kira..sekalipun dia seorang soleh..
jawatan tinggi yang menentukan salah
benar sesuatu masalah..

BUKANKAH TERKELIRU DIBUATNYA di dalam
mencari KEBENARAN?
begitulah watak akhir zaman yang sudah
jauh dari Rasul..sungguh susah mencari
gagak putih atau merah..
TUNJUKKANLAH KAMI YA ALLAH....jalan
kebenaran...
agar kami TIDAK SESAT jalan menuju
Engkau..
ya Allah..selamatkan kami

Gagal mohon maaf : Gantung 6 bulan

Oleh : Ibnu Sayuti

Peluang untuk mohon maaf sebanyak 3 kali yang ditawarkan oleh Ketua Menteri Lim Guag Eng gagal dibuat oleh Ketua Pembangkang UMNO/BN menyebabkan beliau di gantung 6 bulan.Baik juga kerajaan masih simpati dimana saraan dan elaun dikekalkan tidak seperti ahli PAS,PKR dan DAP semasa mereka menjadi pembangkang di dewan di negeri negeri lain.PR tidak sekejam UMNO/BN.Keegoan yang melampau menyebabkan rakyat dun Penaga hilang suara untuk memohon bantuan , memberi pandangan ,mempertengahkan isu masalah rakyat di Penaga.Maka sampai masanya kerusi tersebut perlu diserahkan kepada PAS.UMNO/BN gagal usaha hasut rakyat P.Pinang yang mahukan harmoni.Mungkin ada lagi Adun Umno yang akan di gantung lagi dalam sidang Dewan Undangan Negeri....Tunggu......

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun Azhar (kanan) sebagai ADUN dikekalkan.



Keputusan tersebut menyebabkan semua ADUN Umno bertindak keluar dewan.

Azhar (kanan), yang juga ADUN Penaga dirujuk kepada jawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.

Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

"Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya.

Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan.

Penghargaan warga emas tetap diteruskan - Kerajaan PP

Oleh : Ibnu Sayuti

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan sumbangan kepada 123 waris warga emas yang meninggal dunia dalam satu majlis yang telah diadakan di Yayasan Aman, Penanti baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut sebanyak RM123,000 telah disumbangkan kepada waris warga emas yang berdaftar dengan kerajaan negeri sebagai penerima sumbangan yang telah diperuntukkan.

"Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dari Umno dengan pelbagai andaian, kita yakin rakyat terutamanya warga emas tidak akan terpedaya dengan motif politik mereka. Sehingga sekarang kita tidak menerima sesen pun wang yang mereka dakwa dipulangkan oleh warga emas sepertimana yang diuar-uarkan.

"Kita juga sangsi dan ragu kenapa begitu lama mereka mengambil masa untuk memulangkan wang yang mereka dakwa dikutip dari senarai warga emas yang telah pun mereka lakukan sebelum ini dalam beberapa siri program bikinan mereka sendiri," ujarnya lagi.

Lim juga berkata, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri bagi menerima sumbangan dalam program penghargaan warga emas adalah melebihi 120,000 orang.

"Oleh kerana Umno melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan Umno dan BN yang cuba memainkan sentimen kaum dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal.

Liew Chin Tong: Pakatan Rakyat Pulau Pinang bela nasib Melayu

Oleh : Ibnu Sayuti

DAP kesal dengan fitnah UMNO yang mendakwa Melayu Pulau Pinang berada dalam keadaan krtitikal. Dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga bersifat perkauman - taktik politik yang biasa diamalkan oleh kebanyakan para pemimpin UMNO.

altPembohongan yang dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini hanya propaganda UMNO yang gila kuasa dengan angan-angan mahu mengambil jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Seolah-olah apabila UMNO dapat menguasai Pulau Pinang dan wakilnya menjadi Ketua Menteri, semua masalah orang Melayu akan selesai.

Jika itu benar, mengapa masih ramai orang Melayu di negeri-negeri lain masih hidup miskin walaupun telah lama berada di bawah pentadbiran UMNO? UMNO hanya nampak kuman di seberang laut tetapi pura-pura tidak melihat gajah di depan mata.

Suara-suara kutukan daripada perwakilan dan pemimpin UMNO sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini jelas bohong dan cuba menggambarkan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak peduli dengan masalah orang Melayu dan Islam.

altRakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik UMNO. Apabila UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh Gerakan di Pulau Pinang sebelum Mac 2008, tidak banyak projek pembangunan dan usaha murni dilakukan oleh mereka untuk membantu Melayu Pulau Pinang.

Sekarang UMNO menyerang dan mengutuk Lim Guan Eng dan para pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang ikhlas dalam usaha gigih untuk membantu orang Melayu serta kaum-kaum lain yang memerlukan bantuan kerana iri hati dengan kejayaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetap komited untuk memastikan keadilan dan bantuan disalurkan kepada anak negeri yang benar-benar memerlukannya. Sejak peralihan kuasa 2008 telah banyak usaha dilaksanakan dan banyak lagi akan diteruskan demi kebaikan, kemakmuran dan keadilan rakyat negeri Pulau Pinang.

Antara usaha-usaha murni ini adalah:

• Pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz;

• Menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini;

• Memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang;

• Pemberian wang sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pengebumian kepada waris yang diamanahkan oleh mana-mana warga emas untuk menguruskan jenazah mereka, juga sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN;

• Menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan;

• Pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50%;

• Menubuhkan Hab Pendidikan Pulau Pinang untuk menggalakkan universiti terkemuka dunia termasuk dalam Islam untuk mendirikan kampus cawangan;

• Mengadakan tender terbuka di mana kontraktor Melayu biasa menunjukkan kebolehan berdaya saing dengan kontraktor lain dengan kontraktor Melayu biasa memenangi kebanyakan tender; dan

• Menjadi negeri pertama di dalam sejarah Malaysia yang mendapat pengiktirafan Transparency International, sebuah badan unggul di dunia yang membanteras rasuah dengan mengamalkan prinsip urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) berteraskan pemimpin berintegriti.

Siapa jual tanah melayu... Jun 22, 2006

Oleh : Ibnu Sayuti


GEORGETOWN: Umno Bahagian Tanjung mahu syarikat atau konglomerat Melayu melabur di Pulau Pinang untuk menjadi tonggak dan pemegang amanah bagi menjaga kepentingan kaum itu di negeri ini.

Ketuanya, Datuk Ahmad Ibnihajar, berkata kedatangan syarikat terkemuka seperti Permodalan Nasional Bhd dan Lembaga Tabung Haji mampu mengubah kemelut yang dihadapi Melayu Pulau Pinang.

"Kita sudah mula merasakan kebimbangan kerana kepentingan orang Melayu di bahagian pulau sudah mula terhakis sedikit demi sedikit terutamanya di dalam pembahagian rumah dan beberapa sektor industri lain," katanya.

Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas persidangan Umno Cawangan Lebuh Pantai yang dirasmikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Tengku Syed Razlan Syed Putra Jamalullail di sini kelmarin.

Beliau berkata, isu orang Melayu terpinggir bukannya satu masalah baru yang ingin diperkatakan tetapi ia adalah satu perkara yang diperjuangkan sejak bertahun lamanya.

Apa yang dikesalkan, katanya, masalah seumpama itu berterusan sehingga ke hari ini dan ada kalangan orang Melayu sudah hilang keyakinan dan merasakan dianak tirikan.

Katanya, ini jelas dapat dilihat kepada kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang semakin terhakis dengan setiap inci tanah dijual kepada bangsa asing untuk dibangunkan.

"Pada mulanya tanah itu adalah milik orang Melayu atau dirizabkan untuk orang Melayu tetapi dijual kepada bangsa asing dan mereka memperoleh keuntungan dengan membina projek hartanah di tapak sama.

"Contohnya, tanah milik orang Melayu di Balik Pulau mula dijual kepada bangsa lain dengan membangunkan pelbagai projek sehinggakan orang Melayu sendiri tidak mampu untuk membelinya.

"Projek tambatan laut di Tanjung Tokong seluas 240 hektar yang sepatutnya menjadi milik Melayu, juga dijual kepada syarikat bangsa lain dan mendirikan projek perumahan bernilai jutaan ringgit," katanya.

Ahmad berkata, apabila semua rumah yang didirikan bernilai ratusan ribu ringgit, orang Melayu tidak akan mampu memilikinya atau menyewanya.

Oleh itu, katanya, syarikat besar yang mempunyai kepentingan Melayu perlu melabur di negeri ini dengan membina projek perumahan mampu milik.

"Selain itu juga, juga diharapkan diwujudkan satu pemegang amanah untuk menjaga kepentingan Melayu supaya mereka dapat dibela," katanya.

01 November 2010

Tuduhan Umno terhadap Alam Sekitar P.Pinang

Oleh : Ibnu Sayuti.

Tuduhan Umno P.Pinang salahkan kerajaan P.Pinang tidak tepat sekali...Yb.Muhamad Farid Saad mengatakan “Kerajaan Persekutuan perlu memandang serius perkara ini dan menghalang pelaksanaan ‘membuka gazet’ atau ‘degazette’ kawasan sensitif alam sekitar bagi semua negeri.

Sebelum sesuatu permohonan untuk mengubah kategori penggunaan tanah, meminda syarat nyata tanah serta pengeluaran daripada Akta Pemuliharaan Tanah, pengesahan zoning tanah berkenaan perlulah diperolehi terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan (Pelan Perancangan dan Kawalan Pemajuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dan untuk pelengkungan semula (rezoning) tanah berkenaan perlu dirujuk kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Pulau Pinang untuk kelulusan.

Mengikut Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020, bagi kawasan bukit melebihi ketinggian 250 kaki telah mempunyai kawalan iaitu di bawah Khusus Tanah Bukit (DK3) pemotongan tanah bukit akan dikawal melalui penguatkuasaan garis panduan kawasan berisiko. Merujuk kepada dasar DK3 L2 yang terkandung dalam RSNPP 2020, dengan jelas menyatakan sebarang pembangunan perbandaran yang meliputi pembangunan perumahan, perhotelan, resort, perdagangan dan perindustrian; serta aktiviti pertanian tidak dibenarkan bagi:-

• Kawasan tanah tinggi yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah 1960; atau

• Sebarang tanah yang berada pada aras melebihi 76m (250 kaki); dan atau

• Berkecerunan melebihi 25 darjah

Walau bagaimanapun, melalui DK3L4 pembangunan secara terhad bagi projek istimewa di kawasan aras tanah ketinggian 76m (250 kaki) atau lebih memerlukan kawalan ketat dengan mematuhi garis panduan pembangunan kawasan tanah tinggi dan mana-mana garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan dan mendapat kelulusan EIA Jawatankuasa Perancang Negeri.


Projek-projek ditakrifkan sebagai projek istimewa adalah seperti:-

1. Kategori 1
(a) Projek-projek Infrastruktur utama berkepentingan Kerajaan untuk kegunaan awam yang melibatkan pembangunan di tanah tinggi yang melebihi 76m (250 kaki) dan atau tanah yang melebihi cerun 25ยบ dan/atau melibatkan tanah-tanah yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah 1960 (Warta Tanah Bukit)

(b) Projek-projek yang dimaksudkan:
(i) Projek kereta kabel.
(ii) Projek kereta api bukit.
(iii) Pembinaan jalan raya atau laluan utama yang penting.
(iv) Pembinaan empangan/tangki air.
(v) Jambatan/jejantas/jambatan gantung.
(vi) Helipad dan

Apa-apa infrastruktur lain berkepentingan Kerajaan dan untuk kegunaan awam yang tidak dapat diolakkan untuk tidak dibina di kawasan yang dimaksudkan.

2. Kategori 2

(a) Pembangunan perumahan terdahulu di mana permohonan tukar syarat tapak kawasan berkenaan tanah diluluskan di bawah perundangan Negeri bagi tujuan perumahan dan kelulusan tersebut telah disahkan sebelum kelulusan dan penerimapakaian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020.

(b) Antaranya termasuk projek pembangunan yang pernah mendapat kelulusan kebenaran merancang, atau

(c) Tapak yang ditunjukkan sebagai kawasan perumahan mengikut Pelan Dasar Perancangan & Kawalan Pemajuan MPPP (sehingga Rancangan Tempatan diwartakan).
Sehingga kini, pihak JPBD Negeri Pulau Pinang tidak menerima sebarang permohonan berkaitan projek seperti yang dinyatakan khususnya yang melibatkan kawasan bukit melebihi 250 kaki di kawasan Balik Pulau.