Oleh : Ibnu Sayuti.
Tuduhan Umno P.Pinang salahkan kerajaan P.Pinang tidak tepat sekali...Yb.Muhamad Farid Saad mengatakan “Kerajaan Persekutuan perlu memandang serius perkara ini dan menghalang pelaksanaan ‘membuka gazet’ atau ‘degazette’ kawasan sensitif alam sekitar bagi semua negeri.
Sebelum sesuatu permohonan untuk mengubah kategori penggunaan tanah, meminda syarat nyata tanah serta pengeluaran daripada Akta Pemuliharaan Tanah, pengesahan zoning tanah berkenaan perlulah diperolehi terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan (Pelan Perancangan dan Kawalan Pemajuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dan untuk pelengkungan semula (rezoning) tanah berkenaan perlu dirujuk kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Pulau Pinang untuk kelulusan.
Mengikut Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020, bagi kawasan bukit melebihi ketinggian 250 kaki telah mempunyai kawalan iaitu di bawah Khusus Tanah Bukit (DK3) pemotongan tanah bukit akan dikawal melalui penguatkuasaan garis panduan kawasan berisiko. Merujuk kepada dasar DK3 L2 yang terkandung dalam RSNPP 2020, dengan jelas menyatakan sebarang pembangunan perbandaran yang meliputi pembangunan perumahan, perhotelan, resort, perdagangan dan perindustrian; serta aktiviti pertanian tidak dibenarkan bagi:-
• Kawasan tanah tinggi yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah 1960; atau
• Sebarang tanah yang berada pada aras melebihi 76m (250 kaki); dan atau
• Berkecerunan melebihi 25 darjah
Walau bagaimanapun, melalui DK3L4 pembangunan secara terhad bagi projek istimewa di kawasan aras tanah ketinggian 76m (250 kaki) atau lebih memerlukan kawalan ketat dengan mematuhi garis panduan pembangunan kawasan tanah tinggi dan mana-mana garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan dan mendapat kelulusan EIA Jawatankuasa Perancang Negeri.
Projek-projek ditakrifkan sebagai projek istimewa adalah seperti:-
1. Kategori 1
(a) Projek-projek Infrastruktur utama berkepentingan Kerajaan untuk kegunaan awam yang melibatkan pembangunan di tanah tinggi yang melebihi 76m (250 kaki) dan atau tanah yang melebihi cerun 25º dan/atau melibatkan tanah-tanah yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah 1960 (Warta Tanah Bukit)
(b) Projek-projek yang dimaksudkan:
(i) Projek kereta kabel.
(ii) Projek kereta api bukit.
(iii) Pembinaan jalan raya atau laluan utama yang penting.
(iv) Pembinaan empangan/tangki air.
(v) Jambatan/jejantas/jambatan gantung.
(vi) Helipad dan
Apa-apa infrastruktur lain berkepentingan Kerajaan dan untuk kegunaan awam yang tidak dapat diolakkan untuk tidak dibina di kawasan yang dimaksudkan.
2. Kategori 2
(a) Pembangunan perumahan terdahulu di mana permohonan tukar syarat tapak kawasan berkenaan tanah diluluskan di bawah perundangan Negeri bagi tujuan perumahan dan kelulusan tersebut telah disahkan sebelum kelulusan dan penerimapakaian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020.
(b) Antaranya termasuk projek pembangunan yang pernah mendapat kelulusan kebenaran merancang, atau
(c) Tapak yang ditunjukkan sebagai kawasan perumahan mengikut Pelan Dasar Perancangan & Kawalan Pemajuan MPPP (sehingga Rancangan Tempatan diwartakan).
Sehingga kini, pihak JPBD Negeri Pulau Pinang tidak menerima sebarang permohonan berkaitan projek seperti yang dinyatakan khususnya yang melibatkan kawasan bukit melebihi 250 kaki di kawasan Balik Pulau.
01 November 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment